Thursday, February 25, 2010

MERANTAU WARRIOR



Assalamualaikum..hai guyz & gurlz..jumpe kembali..kali ni aku nak ulas sedikit tentang cerita ‘MERANTAU WARRIOR’, sebuah cerita Indonesia yang telah pun ditayangkan di Indonesia pada tahun lepas (2009) dan telah pun ditayangkan di Malaysia pada 7 Jan 2010..


So..kita tengok sinopsisnye dulu ye..:

Dalam tradisi Minangkabau, setiap anak lelaki suatu hari nanti akan pergi meninggalkan tanah kelahiran mereka dan berjalan mencari pengalaman hidup yang akan membuatnya menjadi lelaki sejati. Yuda (Iko Uwais) telah pergi ke Jakarta untuk mengajar Silat Harimau. Malangnya ketika di Jakarta, dia terpaksa menyelamatkan seorang gadis bernama Astri (Sisca Jessica) daripada sindiket pelacuran yang diketuai oleh Ratger (Mads Koudal) & Luc (Laurent Buson) sementara adik Astri, Adit (Yusuf Aulia) dipaksa meminta sedekah.

Pelakon: Iko Umais (Yuda), Sisca Jessica (Astri), Christine Hakim (Wulan), Mads Koudal (Ratger), Yusuf Aulia (Adit), Alex Abbad (Johni), Yayan Ruhian (Eric), Laurent Buson (Luc), Doni Alamsyah (Yayan), Ratna Galih (Ayi).

*Keseluruhan cerita ni agak mengasyikkan kerana terdapat banyak action. Sepertimana cerita Ong-Bak yang menggunakan MUAY-THAI, Merantau Warrior menggunakan SILAT sebagai ilmu mempertahankan diri. Konsep yang agak sama di dalam Ong-Bak tetapi apa yang hendak ditonjolkan di dalam cerita ini adalah mengenai ilmu PERSILATAN MELAYU yang sememangnya wujud dan datangnya dari Indonesia. Bagi pesilat, mereka akan dapat melihat dengan jelas gerak langkah yang digunakan semasa di dalam pertarungan jalanan (street fighting) ini. Memang kesemua gerak langkah itu ada di pelajari walau dari mana-mana pertubuhan sekalipun hanya bergantung kepada individu sahaja untuk mengadaptasikannya.

No comments:

Post a Comment

Komen je la..ape kesah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...