Thursday, January 3, 2013

HOW TO SKIP ADF.LY

Bagi pengguna internet tegar pasti sudah biasa mendengar 'Adf.ly' kan...


Disini saya ingin mengongsikan cara untuk skip 'Adf.ly' bagi pengguna 'Mozilla Firefox' bagi mempercepatkan proses untuk men'download'...cekidot....

1) taip 'Adf.ly Skipper' pada engin carian dan klik pada ruangan yang telah dibulatkan.

 2) Klik pada ruang '+ Add to firefox'.
 3) Satu pop-up akan keluar. Klik pada 'Allow'.

4) Seketika kemudian akan keluar pop-up. Klik 'Install Now'.

 5) Setelah proses installing selesai, satu pop-up akan keluar. Klik sahaja pada 'Open Add-ons Manager' untuk melihat samaada telah selesai ataupun tidak.
 6) Sekiranya paparan seperti di bawah ini kelihatan, maka proses installing 'Adf.ly Skipper' anda telah berjaya.
Sekalian terima kasih....selamat mencuba...

Monday, September 24, 2012

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Assalamualaikum WBT...selamat sejahtera...

Sebelum hendak membuat pinjaman perumahan, terlebih dahulu kene tahu syarat-syarat yang melayakkan kita buat pinjaman..dah berangan lebih-lebih sekali tak layak pulak daaa...buat rugi masa je kan...so kat bawah ini adalah syarat-syarat yang melayakkan seseorang kakitangan awam itu untuk membuat pinjaman perumahan...

Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM

Assalamualaikum WBT...selamat sejahtera...

Bagi kakitangan kerajaan yang sudah berkeinginan untuk memiliki rumah sendiri, di bawah ini adalah kelayakan pinjaman berdasarkan gaji bulanan hakiki. Bolehlah mula untuk buat kira-kira ye...

Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut :
TARIKH BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2011

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
6,500 dan ke atas
450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499
320,000
3
2,500 ke 2,999
280,000
4
2,000 ke 2,499
255,000
5
1,500 ke 1,999
205,000
6
1,200 ke 1,499
168,000
7
1,000 ke 1,199
130,000
8
800 ke 999
105,000
9
799 dan ke bawah
80,000
Tarikh Dikemaskini ( Khamis, 26 Julai 2012 09:52 )
maklumat lanjut layari LAMAN WEB RASMI BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Thursday, September 20, 2012

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM SIRI 2 2012

Assalamualaikum WBT...selamat sejahtera...

Bagi yang akan mengambil PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM SIRI 2 2012, dibawah ini adalah jadualnya...




Untuk menyemak status permohonan boleh klik disini...

Selamat menduduki peperiksaan...semoga berjaya...

Sekalian, terima kasih...

Thursday, June 14, 2012

LUHUR

 
 
 
        |E|A|D|G|B|E|

Bm     : x 2 4 4 3 2
Bsus2  : x 2 4 4 2 2
G      : 3 2 0 0 3 3
A      : x 0 2 2 2 0
Asus4  : x x 2 2 3 0
D      : x x 0 2 3 2
C#/D   : x 4 x 2 3 2
B/D    : x 2 x 2 3 2
A/D    : 0 2 x 2 3 2
 
 INTRO:Bm A/Bm G Asus4-A
       Bm Asus4-A G
 
Bm             Bsus2
Singkap kembali
Asus4-A     Bm-Bsus2
Detik akhir bersama
      G      Asus4-A   Bm Asus4-A
Linangan airmataku menitis
Bm           Bsus2
Dalam pelukan 
     Asus4-A       Bm-Bsus2
Dakapan yang terakhir
      G           Asus4-A  Bm-Asus4-A  
Mengalir darah membasahi bumi
       G            Asus4-A
Pergi yang tak kembali 
   D - C#/D - B/D - A/D
Untuk selamanya
       G        Asus4-A   Bm
Segar indah namamu di hatiku

Bm          Bsus2
Perjuanganmu 
      Asus4-A     Bm-Bsus2
Bagai lilin membakar
      G        Asus4-A   Bm Asus4-A
Bersinar menerangi kegelapan
Bm            Bsus2
Rela berkorban 
    Asus4-A       Bm-Bsus2
Meredah onak berduri
     G         Asus4-A    Bm Asus4-A
Jasa baktimu sejernih air di kali
     G          Asus4-A
Bersemadilah engkau 
 D - C#/D - B/D - A/D
Aman di pusara
      G         Asus4-A   Bm-Asus4-A 
Sinar cahaya murni keramatmu
      G           Asus4-A
Berjihad biar menitis 
   D - C#/D - B/D - A/D
Oh darah terakhir
     G             Asus4-A      Bm
Menjadi lambang cinta yang terluhur

(Chorus)

Bm          Asus4-A
Sayu dan pilu 
     G         Bm-Bsus2
Bermain di jiwaku
       G       Asus4-A    Bm Asus4-A
Hilang mu kini tiada pengganti
Bm        Asus4-A
Hanya namamu 
     G           Bm-Bsus2
Tersemat di kalbuku
     G         Asus4-A   Bm
Menjadi satu kenangan abadi 

Thursday, March 8, 2012

Ketahui Tarikh Kematian Anda

Wah..nampaknya kerajaan kita sudah semakin maju sehingga boleh menjangka jangka hayat seseorang...tidak tahu apa tujuan sebenar sistem ini diwujudkan...korang tanyalah sendiri ye...apepun saya nasihatkan supaya jangan mempercayai semua ini...khurafat belaka...sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI...cekidot...


keterangan lanjut boleh tengok kat sini...

Babi di mana-mana

 

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis 'This product contain substanc
e from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi

Sumber dari dinding laman facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...