Friday, December 17, 2010

Cameleon Effect

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Kali ni aku nak menyimpang ke bahagian editing lak..he..kla..tanpa membuang kederat menaip aku nak kongsi sket skil yang baru je aku belaja menggunakan Photoshop CS3 ni..skil yang ni dipanggil 'Cameleon Effect'...

Langkah 1

Buka gambar korang. Korang leh pilih samaada nak jadikan die layer biase ataupun duplicate kan je layer tu. Kat sini aku just jadikan layer biase je. Caranya klik kanan pada layer background dan pilih ‘Layer From Background’.

Satu popup new layer akan keluar. Korang boleh pilih samaada nak save terus ke ataupun rename layer tersebut.



Langkah 2

Buka new layer. Caranya klik menu ‘Layer – New – Layer’ ataupun tekan (Shift+Ctrl+N).

Satu popup new layer akan keluar. Korang boleh pilih samaada nak save terus ke ataupun rename layer tersebut.



Langkah 3

Sekarang kita akan lukis sesuatu di atas layer baru tadi. Caranya pilih ‘brush’ dan korang pilih la bentuk ape-ape yang korang suka. Kat sini aku gunakan bentuk huruf yang aku dapat dari deviantart.



Langkah 4

Dah selesai conteng-conteng, kita select lak huruf-huruf tu. Caranya klik kanan pada layer 1 dan pilih ‘Select Pixels’ ataupun tekan (Ctrl+klik layer 1).


Langkah 5

Dah select seterusnya kita kena copy (Ctrl+C) and paste (Ctrl+V) kan layer tu. Tapi kena ingat mesti copy(Ctrl+C) and paste (Ctrl+C) gambar tu, bukannya hasil contengan kita tadi. Nak tau detail leh tengok gambar.


Langkah 6

Sekarang dah pun settle untuk wat ‘cameleon effect’. Ada nampak apa-apa perbezaan tak? Mesti tak nampak kan.

Oklah..untuk menampakkan hasil korang tadi, korang hide kan layer yang lain dan tinggalkan layer 2 tu saje.

Sekarang macam mana?he..

Sekianlah tutorial kita hari ini anak-anak. Kita sambung episod akan datang lak nanti…jaa..nee…

Wassalam…

Thursday, December 2, 2010

My Girlfriend Is A Gumiho

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Agak lame gak aku tak update blog ni...maklum la sibuk sangat..banyak program nak kene pegi..he..

Saje-saje je aku search movie-movie terkini dalam blog-blog orang, tetibe lak rase nak layan citer korea...agak lame gak la tak tengok sejak dok kat tempat baru ni..maklum la sumer da kene sekat..nak doload pun xleh dah..he..

Cari punye cari tetibe terkenan lak aku ngan drama 'My Girlfriend Is A Gumiho'...ceritanya berkisarkan tentang 'gumiho' (musang 9 ekor)...dah macam naruto lak ek..he..tu la pasal aku nak tengok..mula-mula aku ingat citer naruto tu katun je..rupe-rupenye memang ade dalam mitos dorang..terbaek gak la pelukisnye ek..he..

Jom kite tengok sinopsisnye dulu...

"Watak utama bertemu gumiho dan ketakutan mendapatkan hatinya diambil oleh dia (gumiho yang makan hati manusia), dan angin sampai jatuh untuknya.

gumiho ini membawa makna gementar menyelesaikan seseorang.Watak utama teman-teman semua mengatakan betapa hebatnya dia harus merasa untuk mempunyai pacar cantik, tetapi ia tidak dapat mendedahkan kepada mereka bahawa dia gumiho sebuah.Takut untuk keselamatan sendiri, akhirnya dia melakukan berbagai hal untuk "melindungi" hatinya dari dia."

sinopsis ni aku translatekan aje daripada google translate......malas nak translate sendiri...tu la pasal ayatnye pun macam haremmmmm jeee...he...


Wednesday, August 25, 2010

Isu HALAL McDonald

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Ehh..ape cerite lak ni..?kejap HALAL kejap tak..mane satu yang betol ni..?hari tu kecoh kate daging McD tak dapat pengesahan JAKIM. Sekarang dah terbalik pulak..JAKIM pulak kate tak ada menggantung @ menarik balik sijil HALAL yang telah diberikan kepada McD..dah sah la ada salah paham ni..hish..menakutkan betol la..ye la..aku ni pun boleh kire hantu McD gak..dah banyak pun makan McD ni..he..
Apepun alhamdulillah sebab sebelum ni pun tak de la termakan makanan HARAM ni..gelap hati wooo..he..

Friday, August 20, 2010

Mc Donald TIDAK HALAL???

Assalamualaikum & selamat sejahtera...
Betol ke citer yang aku dengar ni..?memang susah nak percaya kan..makanan yang ramai sangat orang gemar makan rupenya TAK HALAL...astaghfirullahalazim..ambik mudah je...sedangkan makanan yang tak halal itu memberi kesan pada kite sebagai umat Islam..(klik untuk tahu kesan makan makanan haram)...citer ni tersebar luas dalam internet...terima kasih kepada yang mula-mula dapat tau kerana men'sharing'kan cerita sensasi ni...walaupun agak lambat dapat tau tapi..bersyukurlah...sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya:


“Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim).

Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160).


Untuk keterangan lanjut korang boleh tengok website JAKIM. Disini aku lampirkan surat penarikbalikan sijil HALAL daripada JAKIM. Untuk pengetahuan, Mac Food Services (M). Sdn.Bhd adalah supplier makanan McDonald. (klik sini untuk keterangan lanjut)

KEJOHANAN KABADDI MSS SELANGOR 2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Pada 7-8 Ogos 2010 yang lepas telah berlangsungnya Kejohanan Kabaddi MSS Selangor bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Kabaddi???Ape tu?Agak-agak korang penah dengar tak?Sebenarnya Kabaddi ni adalah sejenis permainan yang datangnya dari negara India. Dalam bahasa Melayu maksudnya "mari tangkap saya". Kalau kita perhatikan, memang gamenya asyik nak tangkap orang je. Satu group mengacah & satu lagi menangkap. Tah ape la game ni..tapi bile lame-lame tengok best gak sebenarnya..hehe..tapi yang aku tak paham-paham sampai sekarang ni cara pengiraan matanya. Tak tau la macam mana cara kirenye..hehe..more info

Monday, July 19, 2010

7 Wasiat RAJA-RAJA MELAYU



Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Ape kabar kawan-kawan?harap sihat-sihat sumernyer..insyaallah..
Waktu tengah kemas barang-barang kat bilik aku tadi, tiba-tiba terjumpe la artikel pasal wasiat raja-raja melayu..kalo tak silap aku dapat mase Karnival Warisan mase musim-musim pilihanraya hari tu kat Kuala Kubu Bharu..so terase la nak kongsi sket sebab aku rasa ramai yang tak tahu ni..hehe..ni la die Wasiat Raja-Raja Melayu..yang sebenarnya...ade 7 aje..hehe..

PERTAMA: Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nam
a MALAYSIA);

KEDUA: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

KETIGA: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

KEEMPAT: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

KELIMA: Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

KEENAM: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

7 WASIAT YANG DITERJEMAHKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - SECARA RINGKAS

1. MALAYSIA - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)

Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangordan Terengganu.

2. TANAH SIMPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

3. REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972

Seksyen tersebut menyatakan: "Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja". Askar Melyu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batallion pada tahun 1941. Askar Mela
yu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua. Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.

4. RAJA-RAJA MELAYU -Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.

5. ISLAM -Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)

Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

6. BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.

7. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.


Tuesday, June 22, 2010

22.06.2010, 1.25pm

Assalamualaikum & selamat sejahtera..moga-moga sihat selalu hendaknya..




















Pada hari ni, Selasa 22 Jun 2010, dalam pukul 1 lebih telah berlakunya satu kemalangan maut membabitkan sebuah pacuan 4 roda dengan sebuah kereta Proton Iswara..kejadian berlaku di jalan Kuala Kubu Road berhampiran dengan Shell KKB..waktu tu aku dalam perjalanan nak pergi makan kat KKB..waktu aku sampai tu dalam pukul 1.25pm..nampak gayanya macam baru je terjadi..tapi masa aku sampai polis & bomba dah pun ada kat situ..baru nak ambil-ambil gambar..mengikut kata saksi kejadian, mangsa yang membawa kereta Proton Iswara dari KKB hendak buat U-turn kat kawasan tu..dalam masa yang sama sebuah pacuan 4 roda datang dari arah Tanjung Malim merempuh belakang kereta mangsa dengan kuat sehingga remuk teruk dan menyebabkan kematian.. innalillahiwainnailaihirajiun..nauzubillahiminzalik..
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orang yang beriman, bertakwa dan beruntung..insyaAllah..Al-Fatihah..berita lanjut...

Friday, June 11, 2010

Menjaga Hati

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Hidup kalau tak ade masalah rasenye macam tak sempurna kan..sebenarnya masalah itulah yang mematangkan kite..menjadikan kite selalu berfikir bagaimana nak selesaikan masalah tu..walaupun kadang-kadang rasenye tak dapat nak selesaikan, tapi kite tetap berusaha nak selesaikan gak walau macam mana sekalipun supaya masalah tu tak membelenggu diri kite..sekali dapat selesaikan barulah lega rase hati ni..

Selalunya bile ade masalah aku suke dengar lagu ngan main gitar..sekurang-kurangnya dapat gak la release tensen sket..kali ni aku nak kongsi lagu 'Menjaga Hati' nyanyian 'Yovie & Nuno'..aku suke dengar lagu ni sebab melodinya yang harmoni..menenangkan jiwa je rasenye..he..kord ni aku xpasti betol ke x sebab aku copy dari website org je...sokong cetak rompak..hehe...ape pun..layan je la..he..


[intro] F#m E D E 2x

F#m E D E
masih tertinggal bayanganmu
F#m E D E
yang telah membekas di relung hatiku
F#m E D E
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak di sini lagi kau telah berpaling

[reff1]
D E A F#m
biarkan aku menjaga perasaan ini
D E A F#m
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
D E
engkau pergi aku takkan pergi
A F#m
kau menjauh aku takkan jauh
D E F#m
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
E D E
ooh oooh

F#m E D E
masih adakah cahaya rindumu
F#m E D E
yang dulu selalu cerminkan hatimu
F#m E D E
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kini kau diseberang sana

[reff2]
D E A F#m
biarkan aku menjaga perasaan ini
D E A F#m
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
D E
engkau pergi aku takkan pergi
A F#m
kau menjauh aku takkan jauh
D E A
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

F#m E E A
andai akhirnya kau tak juga kembali
F#m E D E
aku tetap sendiri menjaga hati

[reff3]
E F# B G#m
biarkan aku menjaga perasaan ini
E F# B G#m
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
E F#
engkau pergi aku takkan pergi
B G#m
kau menjauh aku takkan jauh
E F# B
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

[ending]
E F# G#m
sejujurnya diriku masih mengharapkanmu
oooh ooohh


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...