Friday, June 4, 2010

Cinta 3 Segi...

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Semalam aku ade postkan sebuah lagu..kalau dihayati lagu tu memang boleh tangkap leleh punye..kene pulak yang pernah alami kan..lagi la tertekan...hehe...


Cinta 3 Segi..camane sebenarnye boleh berlaku..?seorang wanita mencintai 2 lelaki dalam mase yang sama @pun seorang lelaki mencintai 2 wanita dalam mase yang sama..ehhhh...tak boleh jadi ni..camane nak elakkan ek...?kalau la aku berada dalam situasi ni, mau pening gak kepala otak ni..he..

Tapi yang aku pasti puncanya mestilah sebab kedinginan hubungan pasangan tu sendiri sampaikan si dia dah tawar hati & terasa nak cari pengganti untuk mengisi jiwanya yang kosong tu..yang menjadi masalahnya bila si dia tu dah dapat je pengganti, tetibe je yang pertama ni mula la terhegeh-hegeh nak kan balik si dia tu sampaikan sanggup merayu..'balik la kembali..please..saya tak boleh hidup tanpa awak...please...'oleh kerana sayang sangat pada yang pertama ni, dah sure la si dia akan kembali semula sedangkan selama tempoh kedinginan mereka, yang ke
dua la yang bersusah payah nak hiburkan hati si dia sampaikan dah menaruh harapan untuk bersama..tapi akhirnya terpaksalah yang kedua ni beralah & berkorban semata-mata untuk kebahagiaan si dia..

Yang menjadi persoalannye kenape mesti keruhkan hubungan yang dah lama terjalin?kenapa mesti abaikan pasangan sendiri sampaikan si dia dah tawar hati..?kenapa mesti nak balik bile dah tau si dia dah ada orang lain..?mane pergi 'sayang'nya tu?

Bile aku hayati je lagu tu membuatkan aku lagi tak paham ngan manusia ni...tapi...terpulang la kepada individu untuk menilai yang mane baik yang mane buruk...kalau aku la yang berada dalam situasi tu, aku akan pilih yang mane yang berusaha untuk menggembirakan aku & sanggup menemani aku diwaktu aku kesunyian..

No comments:

Post a Comment

Komen je la..ape kesah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...