Tuesday, September 6, 2011

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN DI AKHIRAT KELAK

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di akhirat kelak sesuai dengan hadis di bawah:

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah iaitu:

  1. Pemerintah yang adil.
  2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya.
  3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.
  5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata ‘aku takut kepada Allah’.
  6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
  7. Orang yang menyebut dan mengingati Allah dengan keadaan tidak ada di dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment

Komen je la..ape kesah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...