Friday, January 7, 2011

MashaAllah...kuatnya...

Assalamualaikum & selamat sejahtera..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1)
اللَّهُ الصَّمَدُ (2)
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3)
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Betapa besarnya kekuasaan Allah SWT..setiap yang dikehendaki pasti akan terjadi..sepertimana firmannya di dalam surah ya-sin..'kun' (jadi)...'fayakun' (maka jadilah)...

Saja-saja aku search tibe-tibe terjumpa lak video ni dimana seseorang telah dijadikan bertenaga sekuat 30,000 orang (260 HP)...mmg betul-betul ada rupenya...masha Allah...tetapi banyak risikonya..walaupun dia kuat tetapi tak dapat nak bekerja ngan orang lain sebab majikannya takut ngan kekuatannya...

Walaupun begitu, die tetap bersyukur dengan kurniaan Allah SWT itu..pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian NYA...

Tengok la video ni untuk tatapan semua selagi masih wujud dalam You-Tube ni...cekidot...


Wednesday, January 5, 2011

PINTU SEMBUNYI

Assalamualaikum & selamat sejahtera…


Wahhh….nampaknya teknologi sudah semakin canggih sekarang ni…sumer engineer sekarang ni berlumba-lumba mencipta kemudahan yang semakin memudahkan pengguna khususnya apabila berada di tempat-tempat yang dihadkan penggunaannya…


Baru-baru ni aku dapat email daripada kawan aku pasal pintu kereta…daripada bukak secara terus dah di upgrade bukak ke atas…kali ni bukak ke bawah lak…ni kire kalo parking rapat-rapat pun takde halnye lah…cekidot…he…


Friday, December 17, 2010

Cameleon Effect

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Kali ni aku nak menyimpang ke bahagian editing lak..he..kla..tanpa membuang kederat menaip aku nak kongsi sket skil yang baru je aku belaja menggunakan Photoshop CS3 ni..skil yang ni dipanggil 'Cameleon Effect'...

Langkah 1

Buka gambar korang. Korang leh pilih samaada nak jadikan die layer biase ataupun duplicate kan je layer tu. Kat sini aku just jadikan layer biase je. Caranya klik kanan pada layer background dan pilih ‘Layer From Background’.

Satu popup new layer akan keluar. Korang boleh pilih samaada nak save terus ke ataupun rename layer tersebut.



Langkah 2

Buka new layer. Caranya klik menu ‘Layer – New – Layer’ ataupun tekan (Shift+Ctrl+N).

Satu popup new layer akan keluar. Korang boleh pilih samaada nak save terus ke ataupun rename layer tersebut.



Langkah 3

Sekarang kita akan lukis sesuatu di atas layer baru tadi. Caranya pilih ‘brush’ dan korang pilih la bentuk ape-ape yang korang suka. Kat sini aku gunakan bentuk huruf yang aku dapat dari deviantart.



Langkah 4

Dah selesai conteng-conteng, kita select lak huruf-huruf tu. Caranya klik kanan pada layer 1 dan pilih ‘Select Pixels’ ataupun tekan (Ctrl+klik layer 1).


Langkah 5

Dah select seterusnya kita kena copy (Ctrl+C) and paste (Ctrl+V) kan layer tu. Tapi kena ingat mesti copy(Ctrl+C) and paste (Ctrl+C) gambar tu, bukannya hasil contengan kita tadi. Nak tau detail leh tengok gambar.


Langkah 6

Sekarang dah pun settle untuk wat ‘cameleon effect’. Ada nampak apa-apa perbezaan tak? Mesti tak nampak kan.

Oklah..untuk menampakkan hasil korang tadi, korang hide kan layer yang lain dan tinggalkan layer 2 tu saje.

Sekarang macam mana?he..

Sekianlah tutorial kita hari ini anak-anak. Kita sambung episod akan datang lak nanti…jaa..nee…

Wassalam…

Thursday, December 2, 2010

My Girlfriend Is A Gumiho

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Agak lame gak aku tak update blog ni...maklum la sibuk sangat..banyak program nak kene pegi..he..

Saje-saje je aku search movie-movie terkini dalam blog-blog orang, tetibe lak rase nak layan citer korea...agak lame gak la tak tengok sejak dok kat tempat baru ni..maklum la sumer da kene sekat..nak doload pun xleh dah..he..

Cari punye cari tetibe terkenan lak aku ngan drama 'My Girlfriend Is A Gumiho'...ceritanya berkisarkan tentang 'gumiho' (musang 9 ekor)...dah macam naruto lak ek..he..tu la pasal aku nak tengok..mula-mula aku ingat citer naruto tu katun je..rupe-rupenye memang ade dalam mitos dorang..terbaek gak la pelukisnye ek..he..

Jom kite tengok sinopsisnye dulu...

"Watak utama bertemu gumiho dan ketakutan mendapatkan hatinya diambil oleh dia (gumiho yang makan hati manusia), dan angin sampai jatuh untuknya.

gumiho ini membawa makna gementar menyelesaikan seseorang.Watak utama teman-teman semua mengatakan betapa hebatnya dia harus merasa untuk mempunyai pacar cantik, tetapi ia tidak dapat mendedahkan kepada mereka bahawa dia gumiho sebuah.Takut untuk keselamatan sendiri, akhirnya dia melakukan berbagai hal untuk "melindungi" hatinya dari dia."

sinopsis ni aku translatekan aje daripada google translate......malas nak translate sendiri...tu la pasal ayatnye pun macam haremmmmm jeee...he...


Wednesday, August 25, 2010

Isu HALAL McDonald

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Ehh..ape cerite lak ni..?kejap HALAL kejap tak..mane satu yang betol ni..?hari tu kecoh kate daging McD tak dapat pengesahan JAKIM. Sekarang dah terbalik pulak..JAKIM pulak kate tak ada menggantung @ menarik balik sijil HALAL yang telah diberikan kepada McD..dah sah la ada salah paham ni..hish..menakutkan betol la..ye la..aku ni pun boleh kire hantu McD gak..dah banyak pun makan McD ni..he..
Apepun alhamdulillah sebab sebelum ni pun tak de la termakan makanan HARAM ni..gelap hati wooo..he..

Friday, August 20, 2010

Mc Donald TIDAK HALAL???

Assalamualaikum & selamat sejahtera...
Betol ke citer yang aku dengar ni..?memang susah nak percaya kan..makanan yang ramai sangat orang gemar makan rupenya TAK HALAL...astaghfirullahalazim..ambik mudah je...sedangkan makanan yang tak halal itu memberi kesan pada kite sebagai umat Islam..(klik untuk tahu kesan makan makanan haram)...citer ni tersebar luas dalam internet...terima kasih kepada yang mula-mula dapat tau kerana men'sharing'kan cerita sensasi ni...walaupun agak lambat dapat tau tapi..bersyukurlah...sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya:


“Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim).

Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160).


Untuk keterangan lanjut korang boleh tengok website JAKIM. Disini aku lampirkan surat penarikbalikan sijil HALAL daripada JAKIM. Untuk pengetahuan, Mac Food Services (M). Sdn.Bhd adalah supplier makanan McDonald. (klik sini untuk keterangan lanjut)

KEJOHANAN KABADDI MSS SELANGOR 2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Pada 7-8 Ogos 2010 yang lepas telah berlangsungnya Kejohanan Kabaddi MSS Selangor bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Kabaddi???Ape tu?Agak-agak korang penah dengar tak?Sebenarnya Kabaddi ni adalah sejenis permainan yang datangnya dari negara India. Dalam bahasa Melayu maksudnya "mari tangkap saya". Kalau kita perhatikan, memang gamenya asyik nak tangkap orang je. Satu group mengacah & satu lagi menangkap. Tah ape la game ni..tapi bile lame-lame tengok best gak sebenarnya..hehe..tapi yang aku tak paham-paham sampai sekarang ni cara pengiraan matanya. Tak tau la macam mana cara kirenye..hehe..more info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...