Monday, September 24, 2012

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Assalamualaikum WBT...selamat sejahtera...

Sebelum hendak membuat pinjaman perumahan, terlebih dahulu kene tahu syarat-syarat yang melayakkan kita buat pinjaman..dah berangan lebih-lebih sekali tak layak pulak daaa...buat rugi masa je kan...so kat bawah ini adalah syarat-syarat yang melayakkan seseorang kakitangan awam itu untuk membuat pinjaman perumahan...

Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM

Assalamualaikum WBT...selamat sejahtera...

Bagi kakitangan kerajaan yang sudah berkeinginan untuk memiliki rumah sendiri, di bawah ini adalah kelayakan pinjaman berdasarkan gaji bulanan hakiki. Bolehlah mula untuk buat kira-kira ye...

Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut :
TARIKH BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2011

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
6,500 dan ke atas
450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499
320,000
3
2,500 ke 2,999
280,000
4
2,000 ke 2,499
255,000
5
1,500 ke 1,999
205,000
6
1,200 ke 1,499
168,000
7
1,000 ke 1,199
130,000
8
800 ke 999
105,000
9
799 dan ke bawah
80,000
Tarikh Dikemaskini ( Khamis, 26 Julai 2012 09:52 )
maklumat lanjut layari LAMAN WEB RASMI BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Thursday, September 20, 2012

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM SIRI 2 2012

Assalamualaikum WBT...selamat sejahtera...

Bagi yang akan mengambil PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM SIRI 2 2012, dibawah ini adalah jadualnya...




Untuk menyemak status permohonan boleh klik disini...

Selamat menduduki peperiksaan...semoga berjaya...

Sekalian, terima kasih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...