Thursday, February 25, 2010

MERANTAU WARRIOR



Assalamualaikum..hai guyz & gurlz..jumpe kembali..kali ni aku nak ulas sedikit tentang cerita ‘MERANTAU WARRIOR’, sebuah cerita Indonesia yang telah pun ditayangkan di Indonesia pada tahun lepas (2009) dan telah pun ditayangkan di Malaysia pada 7 Jan 2010..


So..kita tengok sinopsisnye dulu ye..:

Dalam tradisi Minangkabau, setiap anak lelaki suatu hari nanti akan pergi meninggalkan tanah kelahiran mereka dan berjalan mencari pengalaman hidup yang akan membuatnya menjadi lelaki sejati. Yuda (Iko Uwais) telah pergi ke Jakarta untuk mengajar Silat Harimau. Malangnya ketika di Jakarta, dia terpaksa menyelamatkan seorang gadis bernama Astri (Sisca Jessica) daripada sindiket pelacuran yang diketuai oleh Ratger (Mads Koudal) & Luc (Laurent Buson) sementara adik Astri, Adit (Yusuf Aulia) dipaksa meminta sedekah.

Pelakon: Iko Umais (Yuda), Sisca Jessica (Astri), Christine Hakim (Wulan), Mads Koudal (Ratger), Yusuf Aulia (Adit), Alex Abbad (Johni), Yayan Ruhian (Eric), Laurent Buson (Luc), Doni Alamsyah (Yayan), Ratna Galih (Ayi).

*Keseluruhan cerita ni agak mengasyikkan kerana terdapat banyak action. Sepertimana cerita Ong-Bak yang menggunakan MUAY-THAI, Merantau Warrior menggunakan SILAT sebagai ilmu mempertahankan diri. Konsep yang agak sama di dalam Ong-Bak tetapi apa yang hendak ditonjolkan di dalam cerita ini adalah mengenai ilmu PERSILATAN MELAYU yang sememangnya wujud dan datangnya dari Indonesia. Bagi pesilat, mereka akan dapat melihat dengan jelas gerak langkah yang digunakan semasa di dalam pertarungan jalanan (street fighting) ini. Memang kesemua gerak langkah itu ada di pelajari walau dari mana-mana pertubuhan sekalipun hanya bergantung kepada individu sahaja untuk mengadaptasikannya.

Wednesday, February 24, 2010

Mantera Beradu



Artist : Malique ft M.Nasir

Masih belum sempurna...

Bismillahirrahmanirrahim..

Mantera beradu...
Mantera beradu...
Mantera beradu...
Dengan irama dan lagu...

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal ku kebal ingatku kebal
hanya berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodinya lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur.. rimau bawa igau..
masuk tempat orang.. bawa otak bukan pisau..

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi..
palu hati ku.. palu hatiku..

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku
kata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....

*aku suka dengar lagu ni sebab liriknya yang sangat puitis..mmg sangat mengusik jiwa..aku paling tertarik pada rangkap 'kuhunuskan keris musuh ada pistol tradisi kekalkan adaptasi harus betul'..bile difikir balik mmg betol ape yang dikatakan..tapi siapalah kite untuk pegang 'besi berapi' kan..nak kene ambik lesen dulu..then kene gak belajar cara guna..& sumer tu perlukan kos yang agak tinggi kan..org2 kaya & 'pengampu org kaya' boleh la..kita yang xberupaya ni camane..?hanya mampu belajar main 'besi tajam' je la..tapi xsemestinya 'besi berapi' boleh kalahkan 'besi tajam' kan..belum cuba belum tau..baik berpada biar jahat asal selamat..

Monday, February 22, 2010

Nasib Mat Motor

Jam menunjukkan pukul 8.30am..awal2 lagi aku dah tercangok kat depan PC ni..mane la mate xsakit kan..orang pagi2 pegi jogging ke..wat senaman ke..baru la badan sihat..ini da ngadap sinar ultra-x ni..tapi nak wat camane..dah keje aku kene dok ngadap PC ni..redha je la..at least xde la aku melepak membute je..

Tapi sesekali kene gak relak..wat senaman2 kecil tok hilangkan lenguh2 otot ni..ingat dok depan PC xsakit badan ke..try la dok 8 jam sehari..balik umah ngalahkan org bersukan pulak..ahaks..

Semalam aku pegi Puchong..biase la hujung minggu..nak gak jalan2 ambik angin..release tension la katekan..asyik dok terperap je kat hulu ni bengap gak otak ni..kate orang jauh berjalan luas pemandangan..sambil2 tu boleh gak cari ilham kan..

Alhamdulillah..jalan agak lengang semalam..mungkin ramai yang xbalik cuti lagi kot..who knows..bile dah lengang, keter ape lagi..berdesup je la..mat-mat motor pun xterkecuali..nak gak berdesup..kalau lane 1,2 tu xpe la lagi..ni da masuk lane 3..kite yang bawak keter ni pulak yang cuak..ye la..buatnya terlanggar..paham2 je la..maklum la tengah desup la katekan..nauzubillah..

Dalam perjalanan balik aku ikot Jalan Sungai Tua melalui Dam Selayang atau lebih dikenali sebagai Ulu Yam..ketika itu hujan renyai2 membasahi jalan..apabila sampai je di salah sebuah puncak bukit kelihatan ramai mat2 motor berhenti dari arah bertentangan sebelah jalan sana..dalam hati aku.."ah sudah..mesti xcident ni..innalillahiwainnailaihirajiun"..bile sampai je kat tempat kejadian kelihatan beberapa mat motor sedang membetulkan handle motor di tengah2 jalan..mmg dah sah xcident la tu..xkan la org sanggup berenti betulkan handle motor tengah2 jalan kan..gile ke ape..tapi syukurlah xade yang parah ataupun maut..bile dah lihat semuanya 'ok' aku pun xdenye la nak berenti..lagipun wat jalan jammed je..

P/S: Pada semua mat motor..hati2 la di jalan raya..desup mmg best..tp tengok jalan la..jangan la sumer nak layan je..Allah itu Maha Melihat..Maha Mengetahui..bile dikate 'kun..fayakun..'so..beringat2 la ye..

*teringat mase zaman2 motor dulu..desup gak..tp xcident bukan sebab desup..tp sebab bawak slow..ahaks..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...